Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah S.W.T. telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu, putih, kuning, hijau dan merah.
Allah pun menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar.
Bermula dari jari-jari kakinya hingga ke lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran. Dari payu dara hingga ke leher adalah dari anbar. Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur.
Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan menjadi misiklah dunia ini.
Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama-nama Allah. Pada sebelah tangan mereka terdapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.
Demikian juga pada kedua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan.
Dari ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil 'Ainna', ia dijadikan dari 4 jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami-suami mereka".
Wednesday, July 21, 2010
Pendapat Al Imam Hanbali
Dalam topik 'Kadar Najis Yang DiMaafkan Ulamak' kita sama-sama pula renungkan pendapat Imam Hanbali sebagai panduan kita seterusnya.
Menurut pandangan Imam Hanbali sebenarnya tidak ada najis yang dimaafkan walaupun sebesar lubang jarum hatta najis yang terdapat pada kaki nyamuk ataupun lalat. Namun pun begitu Imam Hanbali tetap memaafkan juga pada kadar yang sedikit dari najis kerana kesukaran bagi mengelakkan diri darinya seperti.

- Darah, nanah dan air bisa.
- Kesan-kesan dari bekas istinja' setelah ia membersihkannya serta mencukupi bilangan yang dikehendaki.
- Najis yang terdapat pada tanah di jalan raya.
- Air kencing bagi yang mengidap penyakit kencing tidak lawas setelah ia cuba mengawalnya dengan baik.
- Wap air najis, asap dan abunya selagi ia tidak jelas akan sifat kenajisannya.
- Air multannajis iaitu air yang telah terjatuh ke dalamnya najis yang dimaafkan dan kadarnya amat sedikit.
- Kesan darah atau nanah dan sebagainya yang tinggal setelah digilap.
- Darah yang terdapat dalam urat daging dan darah ikan.
- Darah orang mati syahid.
- Darah kutu, nyamuk dan lain-lain serangga yang darahnya tidak mengalir.
- Hati dan limpa.
- Air yang keluar dari mulut seseorang yang sedang tidur.
- Air kahak sama ada keluar dari usus atau dada atau kepala.
Tuesday, July 20, 2010
Pendapat Al Imam Maliki
Kita masih lagi dalam topik 'Kadar Najis Yang DiMaafkan Ulamak'. Kali ini diutarakan pula pendapat Al Imam Maliki.
Pada pendapat Imam Maliki jumlah atau kadar najis yang dimaafkan itu mestilah sedikit iaitu sekadar satu bulatan hitam kecil yang terdapat pada kaki hadapan binatang baghal ataupun kurang daripada kadar itu.
Contoh-contoh najis yang dimaafkan itu adalah seperti:

- Apa-apa saja najis yang susah hendak dielakkan ketika mahu mengerjakan sembahyang ataupun ketika mahu memasuki masjid adalah dimaafkan.
- Berlaku hadas kecil atau hadas besar dengan sendirinya tanpa dikehendaki ataupun dengan sebab penyakit seperti keluarnya air kencing, air mazi, air mani ataupun najis dari lubang dubur maka semua ini dimaafkan dan tidak perlu membasuhnya kerana darurat jika ia berlaku setiap hari walaupun sekali dalam sehari.
- Berlakunya bawasir pada setiap hari jika terkena pada badan ataupun pakaian.
- Air kencing atau najis kanak-kanak kecil yang terkena pada pakaian ibu yang meneteknya atau badannya sekalipun anak itu bukan anaknya dengan syarat ia telah cuba mengelakkannya ketika najis itu sedang keluar. Tetapi jika terkena najis itu dengan sebab cuai maka ia tidak dapat dimaafkan. Ketetapan hukumnya juga adalah sama jika ia berlaku kepada tukang sembelih, pembersih kandang. pencuci tandas dan doktor atau sebagainya. Namun adalah disunatkan bagi mereka yang disebutkan ini agar menyediakan pakaian khas untuk melakukan ibadah solat.
- Najis atau air kencing keldai, baghal atau kuda yang terkena pada pakaian atau badan atau tempat sembahyangnya dengan syarat orang itu mestilah pengembalanya ataupun penjaganya.
- Kesan najis yang terdapat pada kaki lalat ataupun nyamuk kemudian ia hingap di atas pakaian atau badan.
- Kesan cacah tatu yang sukar untuk dihilangkan.
- Darah binatang darat.
- Bisul atau nanah sama ada ia mengalir dengan sendirinya ataupun dengan picit.
- Darah atau najis kutu anjing dan juga kutu manusia.
- Air yang keluar dari usus melalui mulut seseorang yang sedang tidur dengan sebab penyakit.
- Bekas atau kesan dari istinja' yang menggunakan anak batu atau kertas bagi orang lelaki dengan syarat najisnya tidak melebihi dari kadar yang biasa.
Pendapat Al Imam Hanafi
Kita sambung lagi daripada topik lalu berkaitan 'Kadar Najis Yang DiMaafkan Ulamak'. Kali ini kita ikuti pula pendapat Al Imam Hanafi.
Imam Hanafi berpendapat dengan mengatakan kadar najis yang dimaafkan itu adalah dengan melihat kepada jenis najis itu sendiri sama ada dari jenis yang berat (mughallazah) ataupun dari jenis yang ringan (mukhaffafah). Ianya diberikan kemaafan sama ada kerana darurat ataupun terlalu sukar untuk mengelakkan diri dari terkena najis tersebut.
Najis yang dimaafkan itu kadarnya mestilah sedikit seperti:

- Bagi najis mughallazah yang kering kadarnya tidak melebihi dari 3.17gm dan bagi najis yang basah pula kadarnya tidak sampai segenggam tapak tangan.
- Bagi najis mukhaffafah kadarnya mestilah tidak sampai dari 1/4 pakaian tersebut. Jika terkena pada anggota tubuh badan pula kadarnya juga tidak sampai 1/4 anggota tersebut seperti kaki atau tangan.
- Percikan air kencing atau najis binatang yang terkena pada pakaian atau makanan kerana darurat.
- Percikan dari air basuhan.
- Percikan dari air kencing manusia seperti besar kepala jarum kerana darurat tetapi jika ia terjatuh ke dalam air yang sedikit maka dikira bernajis.
- Percikan darah binatang yang terkena pada pakaian atau badan tukang sembelih.
- Percikan dari air mandian mayat.
- Darah yang masih terdapat dalam urat saraf binatang yang disembelih dan begitu juga dengan jantung, hati dan limpa ini kerana ia dari darah yang tidak mengalir.
- Darah serangga seprti pijat, kutu, unggas, nyamuk dan sebagainya sekalipun banyak.
- Darah ikan.
- Air liur keldai dan himar.
- Darah orang yang mati syahid sekalipun darah itu mengalir.
- Wap dan debu najis kerana darurat.
- Najis burung yan harus dimakan dagingnya jika ia berak di udara maka dihukum bersih tetapi jika tidak berak di udara maka ianya dihukum sebagai najis ringan (mukhaffafah).
Thursday, March 19, 2009
Kadar Najis Yang Dimaafkan Ulamak
Pendapat Al Imam As Syafie
Menurut pendapat Imam As Syafie pada dasarnya tidak ada najis yang dimaafkan kecuali najis yang tidak boleh dilihat oleh pandangan mata kasar dan kadarnya pula adalah amat sedikit. Kadar najis yang dimaafkan ini adalah kerana amat sukar untuk mengelakkan diri daripadanya.
Najis-najis yang dimaafkan tersebut adalah seperti,

- Darah jerawat atau bintit-bintit hitam pada muka.
- Darah bisul, kudis, nanah atau kurap.
- Darah pijat, kutu babi atau kutu manusia tetapi tidak dimaafkan kutu yang terdapat pada anjing atau babi.
- Tempat berbekam dan bekas hisapan darah tersebut.
- Darah nyamuk, agas ataupun serangga-serangga yang darahnya tidak mengalir.
- Darah istihadah.
- Darah ajnabi iaitu darah yang terlah terpisah dari badan seseorang kemudian terkena pada kita tetapi jika kadarnya banyak maka ia tetap dikira najis. Darah anjing dan babi walaupun setitik tetap najis ini kerana hukumnya yang berat.
- Air kencing yang tidak lawas.
- Air bisa, kurap, kudis atau lain-lain air bisa yang berbau ataupun tidak berbau.
- Najis lalat dan juga air kencing kelawar.
- Terdapat kesan najis di bahagian tempat istinjak yang menggunakan batu walaupun bahagian istinjak itu masih lembab atau berpeluh asalkan ianya tidak mengalir atau berpindah ke tempat lain.
- Bangkai ulat buah-buahan atau ulat cuka dan keju yang terhasil dari bahan-bahan tersebut selama ia tidak dikeluarkan dari dalamnya.
- Alkohol yang digunakan di dalam ubat-ubatan serta wangi-wangian.
- Asap dari najis yang dibakar.
- Wap yang terhasil dari air najis dengan sebab api.
- Sedikit bulu najis sama ada sehelai atau dua helai dan bukannya dari bulu anjing atau babi. Bagi bulu binatang yang ditunggangi adalah dimaafkan kerana sukar untuk mengekkannya.
- Sedikit darah yang terdapat pada daging atau tulang.
- Najis tikus yang terjatuh ke dalam kolah jika kadarnya yang sedikit serta tidak berubah sifat airnya.
- Sedikit najis yang terdapat pada labu/puting susu yang terjatuh ke dalam bekas susu semasa melakukan perahan.
- Air liur yang keluar dari usus seorang pesakit ketika ia sedang tidur.
Saturday, March 14, 2009
Wuduk & Permasalahannya
Rukun Wuduk - Ada 6
Tayammum ertinya menyapukan debu tanah ke muka dan kedua tapak tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat. Ianya adalah pengganti kepada wuduk atau mandi sebagai keringanan bagi orang yang tidak dapat mengguankan air kerana beberapa halangan.
Sebab Bertayammum
Mandi junub, mandi janabah atau mandi hadas besar adalah sama pengertiannya. Hukum mandinya adalah wajib. Ini bagi membolehkan kita mengerjakan ibadah yang selama ini dilarang selagi belum mandi wajib.
Rukun Mandi Wajib - Ada 2
- Niat, ianya wajib ditasdikkan di dalam hati bahawa kita hendak mengambil wuduk kerana Allah Ta'ala seperti "Sahaja aku mengangkat hadas kecil fardu atasku kerana Allah Ta'ala."
- Membasuh muka mulai dari tempat tumbuhnya rambut sebelah atas hinggalah ke bawah dagu termasuk antara dua telinga sebelah kanan dan kiri.
- Membasuh kedua tangan dimulai dari hujung jari hinggalah kedua-dua mata siku.
- Menyapu kepala. Ulamak Syafie berpendapat yang perlu disapu hanyalah mana-mana bahagian di atas kepala.
- Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali. Pastikan air mengenai pada celah-celah anak jari dan kuku.
- Tertib. Mendahulukan yang dahulu.
- Mengadap ke kiblat.
- Membaca Bismillah.
- Berkumur-kumur dan menggosok gigi (bersiwak).
- Mencuci kedua belah tangan dan pergelangan tangan serta menggosok celah-celah jari.
- Memasukkan air ke hidung dan mengeleuarkan semula.
- Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.
- Menyapu seluruh kepala.
- Menyapu kedua belah telinga.
- Menggosok celah-celah janggut dengan anak jari.
- Mengulangi basuhan sebanyak 3 kali.
- Menjimatkan penggunaan air.
- Melebihkan sedikit pada setiap anggota basuhan.
- Menggosok-gosok pada setiap bahagian anggota wuduk.
- Menggerak-gerakkan cincin.
- Berturut-turut.
- Membaca doa wuduk.
- Menggunakan air yang terlalu banyak (membazir).
- Bercakap-cakp ketika mengambil wuduk.
- Meminta atau mendapat pertolongan dari orang lain ketika mengambil wuduk tanpa ada keuzuran.
- Berwuduk di tempat yang bernajis kerana dibimbangi najis itu akan terpercik kepada kita.
- Berwuduk dengan air panas seperti air yang terjemur pada sinaran matahari.
- Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur.
- Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wuduknya.
- Hilang akal sebab mabuk atau sakit.
- Bersentuh kulit lelaki dengan wanita yang bukan mahram tanpa alas.
- Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.
- Sembahyang.
- Tawaf di kaabah.
- Menyentuh atau membawa al-Quran tetapi jika terpaksa maka hukumnya harus. Bagi kanak-kanak yang sedang belajar al-Quran maka mereka juga diharuskan.
Tayammum ertinya menyapukan debu tanah ke muka dan kedua tapak tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat. Ianya adalah pengganti kepada wuduk atau mandi sebagai keringanan bagi orang yang tidak dapat mengguankan air kerana beberapa halangan.
Sebab Bertayammum
- Uzur kerana sakit.
- Kerana dalam musafir.
- Kerana tiada air.
- Niat.
- Menyapu debu tanah ke muka.
- Menyapu debu tanah ke tangan sampai ke siku.
- Tertib.
- Ada air.
- Melakukan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.
- Telah masuk waktu sembahyang. Tayammum hanya sah untuk satu sembahyang fardu dan beberapa sembahyang sunat sahaja.
- Telah berusaha mencari air tetapi tidak diperolehi.
- Menggunakan debu tanah yang bersih dan suci.
- Menghilangkan najis yang terdapat di badan terlebih dahulu.
Mandi junub, mandi janabah atau mandi hadas besar adalah sama pengertiannya. Hukum mandinya adalah wajib. Ini bagi membolehkan kita mengerjakan ibadah yang selama ini dilarang selagi belum mandi wajib.
Rukun Mandi Wajib - Ada 2
- Niat. "Sahaja aku mengangkat hadas besar fardu atas aku kerana Allah Ta'ala."
- Meratakan air ke seluruh badan dan menghilangkan segala sesuatu yang menghalang air dari sampai ke kulit badan seperti lilin, minyak dan sebagainya.
- Keluar air mani sama ada dengan cara sengaja ataupun tidak sengaja (bermimpi).
- Apabila selesai melakukan jimak.
- Selepas datang haid bagi wanita.
- Apabila keluar darah nifas.
- Wiladah (bersalin).
- Meninggal dunia kecuali mereka yang mati syahid.
- Solat fardu, sunat, sujud tilawah dan sujud sahwi.
- Menyentuh atau membawa al-Quran.
- Membaca ayat-ayat suci al-Quran walaupun sepotong ayat.
- Menurut Imam Syafie haram duduk di dalam masjid (wanita dalam haid) kecuali sekadar untuk melintasinya itupun jika tiada jalan lain.
- Bersetubuh.
- Bercerai. Haram bagi suami menceraikan isterinya ketika haid.
- Mengerjakan solat fardu.
- Mengerjakan solat sunat, berpuasa, menyentuh al-Quran atau membaca ayat-ayatnya.
- Tawaf di kaabah.
Friday, January 16, 2009
Panduan Bersuci
Pengertian Bersuci
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri." (Al-Baqarah: 222)
Bersuci atau At-Thoharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihkan supaya kita boleh melakukan ibadah. Dalam ajaran agama Islam bersuci adalah sesuatu yang wajib. Sebahagian dari cara bersuci ialah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.
Jenis-jenis Bersuci
i. Bersuci dari hadas kecil.
Apabila berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan
menyentuh al-Quran. Cara untuk membersihkannya ialah dengan mengambil wuduk ataupun
bertayammum.
ii. Bersuci dari hadas besar.
Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk dalam golongan ini. Cara bersuci
darinya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang, puasa menunaikan haji, 'iktikaf di dalam masjid dan menyentuh atau membaca al-Quran.
iii. Beristinjak.
Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari 2 saluran iaitu qubul dan dubur.
Beristinjak Dan Rukunnya - Ada 3
i. Islam
ii. Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda-benda keras yang suci.
iii. Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur.
Sunat-sunat Istinjak
i. Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x atau 5x atau 7x dan seterusnya.
ii. Menggunakan tangan kiri.
Beristinjak Dengan Batu
Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah;
i. Pastikan najis itu tidak mengalir.
ii. Pastikan najis masih belum kering.
iii. Pastikan tempat keluar najis itu tidak terhalang oleh benda-benda lain.
Beristinjak Dengan Air
Perlakunya adalah lebih kurang serupa dengan menggunakan batu. Terlebih daulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai disunatkan membaca doa.
Benda-benda Bernajis
i. Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia.
Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
ii. Darah kecuali hati dan limpa.
iii. Semua jenis benda yang keluar dari qubul dan dubur.
iv. Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor.
v. Arak dan semua minuman yang memabukkan.
vi. Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup.
Jenis-jenis Najis
i. Najis Mughallazah
Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya. Cara hendak menyucikannya ialah
dengan menyiram sekali air tanah atau air lumpur dan 6 kali dengan air yang bersih.
ii. Najis Mukhalffafah
Ialah najis ringan seprti air kencing anak lelaki yang berumur 2 tahun ke bawah dan hanya
memakan susu ibunya sahaja. Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air
ke atas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya.
iii. Najis Mutawassitah
Ialah najis pertengahan. Najis ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu;
a) Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing
yang sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah hilang. Najis ini dicuci dengan
mengalirkan air ke atasnya.
b) Ainah adalah najis yang masih ada zatnya. Najis ini dicuci dengan menghilangkan dan
membersihkan semua zatnya.
Jenis-jenis Air
i. Air Mutlak.
Sifatnya air ini adalah suci lagi menyucikan. Ia boleh diminum dan sah untuk digunakan bagi
menyucikan benda lain. Contohnya iar hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air
embun.
ii. Air Muqayyat.
Sifatnya suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan
benda lain seperti air kopi, teh, air buah-buahan dan sebagainya.
iii. Air Muttannajis.
Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
a) Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna, bau dan rasa dengan najis. Air ini tidak
boleh digunakan lagi sama ada ianya banyak atau sedikit.
b) Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah tidak boleh
digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci dan menyucikan.
iv. Air Musyammas.
Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas
dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian.
v. Air Mustaghmal.
Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan sukatannya pula
kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah
sifatnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)