Makmum Muwafiq ialah makmum yang dapat membaca surah fatihah dalam masa berdiri imam dengan kiraan pertengahan / sederhana maka wajib ke atas makmum membaca fatihah dengan sempurna.
Sebab-sebab Muwafiq
- Makmum yang lambat membaca kerana kelemahan semulajadi.
- Makmum yang syak sebelum rukuk dan kemudian dari rukuk imam lalu ia teringat yang ia belum lagi membaca fatihah.
- Makmum yang lupa membaca fatihah hingga rukuk imam dan sebelum ia rukuk maka teringat bahawa ia masih belum membaca fatihah.
- Makmum yang membaca doa iftitah dan ta'awuz lalu imam pun rukuk sedang makmum masih belum sempat menghabiskan bacaan fatihahnya.
- Makmum yang dengan sengaja tidak membaca fatihah sebab menanti diam imam lepas membaca fatihah terus rukuk ataupun imam membaca surah yang pendek hingga tidak sempat makmum menghabiskan bacaan fatihahnya.
- Rukuk
- Sujud yang pertama
- Duduk antara dua sujud.
- Mengikut imam dengan ditambah satu rakaat lagi setelah imam selesai memberi salam yang pertama.
- Niat mufarakah dari imam (bercerai dari mengikut imam).
Makmum Masbuq ialah makmum yang tidak dapat membaca fatihah dalam masa imam berdiri maka tidak wajib atasnya menyempurnakan bacaan fatihahnya. Bacaanya hanya sekadar yang dapat dan dikehendaki rukuk bersama-sama dengan imam.
Sebab-sebab Masbuq
- Makmum masbuq dikehendaki mengikut imam pada setiap perbuatan dan dikehendaki tambah mana-mana rukun yang tertinggal umpamanya satu rakaat dapat bersama imam pada solat maghrib maka dikehendaki tambah dua rakaat lagi setelah imam memberi salam.
- Pada sembahyang Subuh makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang tadi.
- Jika makmum masbuq sedang membaca surah tiba-tiba imam rukuk maka hendaklah diputuskan bacaan surah itu dan rukuk bersama imam, tidak boleh ditangguh lagi.
- Jika imam dalam keadaan sujud atau duduk tahiyat, makmum masbuq hendaklah terus takbiratulihram kemudian duduk bersama imam. Kalaun imam sedang rukuk disunatkan takbir sekiranya dapat tomakninah dalam rukuk itu maka rakaatnya akan dikira.
- Jika makmum sedang takbir tiba-tiba imam beri salam maka ia ditegah duduk kerana duduk itu untuk mengikut imam. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya makan batallah sembahyangnya itu. Tetapi jika ia terlupa atau jahil maka tidaklah batal sembahyangnya itu dan wajib ia bangun dengan segera dan sunat melakukan sujud sahwal pada akhir sembahyangnya itu.
No comments:
Post a Comment