Wednesday, July 21, 2010

Kejadian Bidadari

Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah S.W.T. telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu, putih, kuning, hijau dan merah.

Allah pun menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar.

Bermula dari jari-jari kakinya hingga ke lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran. Dari payu dara hingga ke leher adalah dari anbar. Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur.

Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan menjadi misiklah dunia ini.

Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama-nama Allah. Pada sebelah tangan mereka terdapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.

Demikian juga pada kedua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan.

Dari ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil 'Ainna', ia dijadikan dari 4 jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami-suami mereka".

Pendapat Al Imam Hanbali

Dalam topik 'Kadar Najis Yang DiMaafkan Ulamak' kita sama-sama pula renungkan pendapat Imam Hanbali sebagai panduan kita seterusnya.

Menurut pandangan Imam Hanbali sebenarnya tidak ada najis yang dimaafkan walaupun sebesar lubang jarum hatta najis yang terdapat pada kaki nyamuk ataupun lalat. Namun pun begitu Imam Hanbali tetap memaafkan juga pada kadar yang sedikit dari najis kerana kesukaran bagi mengelakkan diri darinya seperti.
  1. Darah, nanah dan air bisa.
  2. Kesan-kesan dari bekas istinja' setelah ia membersihkannya serta mencukupi bilangan yang dikehendaki.
  3. Najis yang terdapat pada tanah di jalan raya.
  4. Air kencing bagi yang mengidap penyakit kencing tidak lawas setelah ia cuba mengawalnya dengan baik.
  5. Wap air najis, asap dan abunya selagi ia tidak jelas akan sifat kenajisannya.
  6. Air multannajis iaitu air yang telah terjatuh ke dalamnya najis yang dimaafkan dan kadarnya amat sedikit.
  7. Kesan darah atau nanah dan sebagainya yang tinggal setelah digilap.
Pada sesetengah bahan Imam Hanbali telah menganggapnya suci dan bersih berbeza pandangan dari imam-imam yang lain seperti.
  1. Darah yang terdapat dalam urat daging dan darah ikan.
  2. Darah orang mati syahid.
  3. Darah kutu, nyamuk dan lain-lain serangga yang darahnya tidak mengalir.
  4. Hati dan limpa.
  5. Air yang keluar dari mulut seseorang yang sedang tidur.
  6. Air kahak sama ada keluar dari usus atau dada atau kepala.