Wednesday, July 21, 2010

Pendapat Al Imam Hanbali

Dalam topik 'Kadar Najis Yang DiMaafkan Ulamak' kita sama-sama pula renungkan pendapat Imam Hanbali sebagai panduan kita seterusnya.

Menurut pandangan Imam Hanbali sebenarnya tidak ada najis yang dimaafkan walaupun sebesar lubang jarum hatta najis yang terdapat pada kaki nyamuk ataupun lalat. Namun pun begitu Imam Hanbali tetap memaafkan juga pada kadar yang sedikit dari najis kerana kesukaran bagi mengelakkan diri darinya seperti.
  1. Darah, nanah dan air bisa.
  2. Kesan-kesan dari bekas istinja' setelah ia membersihkannya serta mencukupi bilangan yang dikehendaki.
  3. Najis yang terdapat pada tanah di jalan raya.
  4. Air kencing bagi yang mengidap penyakit kencing tidak lawas setelah ia cuba mengawalnya dengan baik.
  5. Wap air najis, asap dan abunya selagi ia tidak jelas akan sifat kenajisannya.
  6. Air multannajis iaitu air yang telah terjatuh ke dalamnya najis yang dimaafkan dan kadarnya amat sedikit.
  7. Kesan darah atau nanah dan sebagainya yang tinggal setelah digilap.
Pada sesetengah bahan Imam Hanbali telah menganggapnya suci dan bersih berbeza pandangan dari imam-imam yang lain seperti.
  1. Darah yang terdapat dalam urat daging dan darah ikan.
  2. Darah orang mati syahid.
  3. Darah kutu, nyamuk dan lain-lain serangga yang darahnya tidak mengalir.
  4. Hati dan limpa.
  5. Air yang keluar dari mulut seseorang yang sedang tidur.
  6. Air kahak sama ada keluar dari usus atau dada atau kepala.

1 comment: