Pada pendapat Imam Maliki jumlah atau kadar najis yang dimaafkan itu mestilah sedikit iaitu sekadar satu bulatan hitam kecil yang terdapat pada kaki hadapan binatang baghal ataupun kurang daripada kadar itu.
Contoh-contoh najis yang dimaafkan itu adalah seperti:
- Apa-apa saja najis yang susah hendak dielakkan ketika mahu mengerjakan sembahyang ataupun ketika mahu memasuki masjid adalah dimaafkan.
- Berlaku hadas kecil atau hadas besar dengan sendirinya tanpa dikehendaki ataupun dengan sebab penyakit seperti keluarnya air kencing, air mazi, air mani ataupun najis dari lubang dubur maka semua ini dimaafkan dan tidak perlu membasuhnya kerana darurat jika ia berlaku setiap hari walaupun sekali dalam sehari.
- Berlakunya bawasir pada setiap hari jika terkena pada badan ataupun pakaian.
- Air kencing atau najis kanak-kanak kecil yang terkena pada pakaian ibu yang meneteknya atau badannya sekalipun anak itu bukan anaknya dengan syarat ia telah cuba mengelakkannya ketika najis itu sedang keluar. Tetapi jika terkena najis itu dengan sebab cuai maka ia tidak dapat dimaafkan. Ketetapan hukumnya juga adalah sama jika ia berlaku kepada tukang sembelih, pembersih kandang. pencuci tandas dan doktor atau sebagainya. Namun adalah disunatkan bagi mereka yang disebutkan ini agar menyediakan pakaian khas untuk melakukan ibadah solat.
- Najis atau air kencing keldai, baghal atau kuda yang terkena pada pakaian atau badan atau tempat sembahyangnya dengan syarat orang itu mestilah pengembalanya ataupun penjaganya.
- Kesan najis yang terdapat pada kaki lalat ataupun nyamuk kemudian ia hingap di atas pakaian atau badan.
- Kesan cacah tatu yang sukar untuk dihilangkan.
- Darah binatang darat.
- Bisul atau nanah sama ada ia mengalir dengan sendirinya ataupun dengan picit.
- Darah atau najis kutu anjing dan juga kutu manusia.
- Air yang keluar dari usus melalui mulut seseorang yang sedang tidur dengan sebab penyakit.
- Bekas atau kesan dari istinja' yang menggunakan anak batu atau kertas bagi orang lelaki dengan syarat najisnya tidak melebihi dari kadar yang biasa.
Assalamualaikum saudara morzas,
ReplyDeletePertama kali umi berkunjung di rumah saudara yang baraqah ini. Alhamdulillah,terima kasih berbagi ilmunya ya.Semoga usaha saudara diberkati Allah,Amin.
Terus menulis ya..semangat sahabat!
Waalaikumusalam sdri umihoney,
ReplyDeleteAlhamdulillah saya amat berbesar hati sdri sudi berkunjung ke sini. Insya-Allah...saya hanya ingin berkongsi sedikit ilmu bersama kawan2 yang saya hormati mudah2an kita sama2 ambil berkat dan iktibar.