Imam Hanafi berpendapat dengan mengatakan kadar najis yang dimaafkan itu adalah dengan melihat kepada jenis najis itu sendiri sama ada dari jenis yang berat (mughallazah) ataupun dari jenis yang ringan (mukhaffafah). Ianya diberikan kemaafan sama ada kerana darurat ataupun terlalu sukar untuk mengelakkan diri dari terkena najis tersebut.
Najis yang dimaafkan itu kadarnya mestilah sedikit seperti:
- Bagi najis mughallazah yang kering kadarnya tidak melebihi dari 3.17gm dan bagi najis yang basah pula kadarnya tidak sampai segenggam tapak tangan.
- Bagi najis mukhaffafah kadarnya mestilah tidak sampai dari 1/4 pakaian tersebut. Jika terkena pada anggota tubuh badan pula kadarnya juga tidak sampai 1/4 anggota tersebut seperti kaki atau tangan.
- Percikan air kencing atau najis binatang yang terkena pada pakaian atau makanan kerana darurat.
- Percikan dari air basuhan.
- Percikan dari air kencing manusia seperti besar kepala jarum kerana darurat tetapi jika ia terjatuh ke dalam air yang sedikit maka dikira bernajis.
- Percikan darah binatang yang terkena pada pakaian atau badan tukang sembelih.
- Percikan dari air mandian mayat.
- Darah yang masih terdapat dalam urat saraf binatang yang disembelih dan begitu juga dengan jantung, hati dan limpa ini kerana ia dari darah yang tidak mengalir.
- Darah serangga seprti pijat, kutu, unggas, nyamuk dan sebagainya sekalipun banyak.
- Darah ikan.
- Air liur keldai dan himar.
- Darah orang yang mati syahid sekalipun darah itu mengalir.
- Wap dan debu najis kerana darurat.
- Najis burung yan harus dimakan dagingnya jika ia berak di udara maka dihukum bersih tetapi jika tidak berak di udara maka ianya dihukum sebagai najis ringan (mukhaffafah).
No comments:
Post a Comment