Saturday, March 14, 2009

Wuduk & Permasalahannya

Rukun Wuduk - Ada 6
  1. Niat, ianya wajib ditasdikkan di dalam hati bahawa kita hendak mengambil wuduk kerana Allah Ta'ala seperti "Sahaja aku mengangkat hadas kecil fardu atasku kerana Allah Ta'ala."
  2. Membasuh muka mulai dari tempat tumbuhnya rambut sebelah atas hinggalah ke bawah dagu termasuk antara dua telinga sebelah kanan dan kiri.
  3. Membasuh kedua tangan dimulai dari hujung jari hinggalah kedua-dua mata siku.
  4. Menyapu kepala. Ulamak Syafie berpendapat yang perlu disapu hanyalah mana-mana bahagian di atas kepala.
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali. Pastikan air mengenai pada celah-celah anak jari dan kuku.
  6. Tertib. Mendahulukan yang dahulu.
Sunat-sunat Wuduk
  1. Mengadap ke kiblat.
  2. Membaca Bismillah.
  3. Berkumur-kumur dan menggosok gigi (bersiwak).
  4. Mencuci kedua belah tangan dan pergelangan tangan serta menggosok celah-celah jari.
  5. Memasukkan air ke hidung dan mengeleuarkan semula.
  6. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.
  7. Menyapu seluruh kepala.
  8. Menyapu kedua belah telinga.
  9. Menggosok celah-celah janggut dengan anak jari.
  10. Mengulangi basuhan sebanyak 3 kali.
  11. Menjimatkan penggunaan air.
  12. Melebihkan sedikit pada setiap anggota basuhan.
  13. Menggosok-gosok pada setiap bahagian anggota wuduk.
  14. Menggerak-gerakkan cincin.
  15. Berturut-turut.
  16. Membaca doa wuduk.
Makruh Wuduk
  1. Menggunakan air yang terlalu banyak (membazir).
  2. Bercakap-cakp ketika mengambil wuduk.
  3. Meminta atau mendapat pertolongan dari orang lain ketika mengambil wuduk tanpa ada keuzuran.
  4. Berwuduk di tempat yang bernajis kerana dibimbangi najis itu akan terpercik kepada kita.
  5. Berwuduk dengan air panas seperti air yang terjemur pada sinaran matahari.
Batal Wuduk
  1. Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur.
  2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wuduknya.
  3. Hilang akal sebab mabuk atau sakit.
  4. Bersentuh kulit lelaki dengan wanita yang bukan mahram tanpa alas.
  5. Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.
Larangan Jika Tidak Berwuduk
  1. Sembahyang.
  2. Tawaf di kaabah.
  3. Menyentuh atau membawa al-Quran tetapi jika terpaksa maka hukumnya harus. Bagi kanak-kanak yang sedang belajar al-Quran maka mereka juga diharuskan.
Tayammum
Tayammum ertinya menyapukan debu tanah ke muka dan kedua tapak tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat. Ianya adalah pengganti kepada wuduk atau mandi sebagai keringanan bagi orang yang tidak dapat mengguankan air kerana beberapa halangan.

Sebab Bertayammum
  1. Uzur kerana sakit.
  2. Kerana dalam musafir.
  3. Kerana tiada air.
Rukun Tayammum
  1. Niat.
  2. Menyapu debu tanah ke muka.
  3. Menyapu debu tanah ke tangan sampai ke siku.
  4. Tertib.
Batal Tayammum
  1. Ada air.
  2. Melakukan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.
Syarat Sah Tayammum
  1. Telah masuk waktu sembahyang. Tayammum hanya sah untuk satu sembahyang fardu dan beberapa sembahyang sunat sahaja.
  2. Telah berusaha mencari air tetapi tidak diperolehi.
  3. Menggunakan debu tanah yang bersih dan suci.
  4. Menghilangkan najis yang terdapat di badan terlebih dahulu.
Mandi Wajib/Junub
Mandi junub, mandi janabah atau mandi hadas besar adalah sama pengertiannya. Hukum mandinya adalah wajib. Ini bagi membolehkan kita mengerjakan ibadah yang selama ini dilarang selagi belum mandi wajib.

Rukun Mandi Wajib - Ada 2
  1. Niat. "Sahaja aku mengangkat hadas besar fardu atas aku kerana Allah Ta'ala."
  2. Meratakan air ke seluruh badan dan menghilangkan segala sesuatu yang menghalang air dari sampai ke kulit badan seperti lilin, minyak dan sebagainya.
Sebab-sebab Mandi Wajib
  1. Keluar air mani sama ada dengan cara sengaja ataupun tidak sengaja (bermimpi).
  2. Apabila selesai melakukan jimak.
  3. Selepas datang haid bagi wanita.
  4. Apabila keluar darah nifas.
  5. Wiladah (bersalin).
  6. Meninggal dunia kecuali mereka yang mati syahid.
Diharamkan Ketika Junub
  1. Solat fardu, sunat, sujud tilawah dan sujud sahwi.
  2. Menyentuh atau membawa al-Quran.
  3. Membaca ayat-ayat suci al-Quran walaupun sepotong ayat.
  4. Menurut Imam Syafie haram duduk di dalam masjid (wanita dalam haid) kecuali sekadar untuk melintasinya itupun jika tiada jalan lain.
Diharamkan Ketika Haid
  1. Bersetubuh.
  2. Bercerai. Haram bagi suami menceraikan isterinya ketika haid.
  3. Mengerjakan solat fardu.
  4. Mengerjakan solat sunat, berpuasa, menyentuh al-Quran atau membaca ayat-ayatnya.
  5. Tawaf di kaabah.

2 comments:

  1. blog ini adalah salah satu blog yg paling saya gemari kerana keperluan untuk isi-isi pembentangan ! saya cukup menghargai blog ini ! terima kasih !

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tuan atas sudi kunjungi blog ini.

    ReplyDelete