Adam diberi tempat di syurga dan baginya diciptakan Hawa sebagai teman hidup bagi menghilangkan kesepiannya serta melengkapkan keperluan fitrah untuk mengembangkan zuriat.
Menurut cerita, Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam sebelah kiri sewaktu ia sedang tidur dan bia ia terjaga Hawa sudah berada disampingnya.
Firman Allah kepada Adam, "Tinggallah kamu bersama isterimu di syurga, rasailah keniknatan di dalamnya dan makanlah buah-buahan yang lazat sepuas hatimu. Kamu tidak akan merasa lapar, dahaga ataupun letih selama berada di dalamnya. Ingatlah kamu, jangan sesekali memakan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk dalam golongan orang yang zalim. Ketahuilah iblis itu adalah musuh kamu, ia akan berusaha memujuk dan mengheret kamu keluar dari syurga sehingga hilang semua kenikmatan yang kamu rasai ini".
Dengan penuh rasa dendam, iri hati dan dengki terhadap Nabi Adam dan oleh kerananya yang menyebabkan ia terkeluar dari syurga maka iblis mula mengatur rancangan jahat terhadap Adam supaya mereka juga terkeluar dari syurga serta terlepas menikmati segala kurniaan Allah.
Iblis mendatangi Adam dan Hawa dan menunjukkan keikhlasannya dalam memujuk dan menggoda mereka supaya memakan buah yang telah dilarang Allah itu dengan berbagai cara sehinggalah Adam dan Hawa terpukau dengan pujukan itu maka termasuklah keduanya dalam golongan yang merugikan diri mereka sendiri.
Firman Allah, "Bukankah Aku telah mencegah kamu dari mendekati pohon ini dan memakan buahnya dan bukankah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata."
Salam sejahtera sdr,
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi cerita Nabi Adam ini.May Allah bless you sahabat.
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak