Saturday, November 6, 2010

Agama Lumpuh Ideologi Segar

Bolehkah anda merasakan betapa susahnya seorang penulis hendak membicarakan mengenai agama atau ideologi ini, iaitu sesuatu yang telah menjadi falsafah mengenai cara hidup manusia, justeru kerana kedua-duanya baik yang disebut agama mahupun yang disebut ideologi.

Sememangnya adalah perkara yang sangat rumit, oleh kerana persoalannya, pengetahuan, politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan bangsa-bangsa manusia, sebagai sebab-sebab yang telah melahirkan tamaddun atau peradaban manusia.

Setelah melalui satu zaman yang sangat panjang, kira-kira 500 tahun dahulu terutama setelah kebangkitan bangsa-bangsa Eropah dari zaman kegelapan mereka yang lama, maka merekapun membuat perubahan dalam masyarakat Kristian Katoloik dengan melahirkan Kristian Protestan sebagai tentangan kepada Kristian Katholik.

Lahirnya Protesten di dalam agama Kristian ialah hasil mainan seorang Yahudi yang memainkan lakonan sebagai seorang Kristian yang jujur dan ingin membaiki ajaran Kristian.

Golongan Protesten mengenalinya sebagai Jan Calvin di Perancis. Bagaimanapun golongan Katholik yang menjadi mangsa dari mainan Jane Calvin (1509-1564) akhirnya berhasil membongkar identiti sebenar Jane Calvin.

Jane Calvin, Bapa Protesten itu sebenarnya seorang Yahudi dari Switzerland, yang menyamar sebagai seorang Kristian. Namanya yang asal ialah Cohin @ Cauvin @ Calvin. Rahsianya baru dapat dikesan oleh golongan Katolik dalam tahun 1936 iaitu kira-kira 73 tahun yang lalu.

Setelah gerakan sulit Yahudi berjaya memecahkan masyarakat Kristian, lalu mereka mencetus beberapa pemberontakan dan peperangan di antara orang-orang Kristian di Eropah. Kemudian perjuangan memisahkan gereja dan politik negara dilancarkan pula dengan cara melahirkan fikiran-fikiran yang mereka katakan POSITIVISMA.

Positivisma ialah satu fahaman yang hanya membicarakan segala sesuatu menurut apa-apa yang nyata kelihatan sahaja. Maka kerana itulah mereka tidak mahu memperkatakan hal-hal mengenai Tuhan, Malaikat, Jin, kehidupan di akhirat, syurga dan neraka, kerana semuanya itu tidak pernah kelihatan oleh manusia.

Berdasar kepada Positivisma inilah mereka berbicara tentang xilmu SOSIOLOGI yang merupakan xilmu di bidang kemasyarakatan, di mana ia merangkumi berbagai-bagai xilmu yang bersangkutan dengan politik, ekonomi sejarah, falsafah dan lain-lain lagi.

Di antara mereka yang terkenal dalam zaman yang memperjuangkan fikiran dan fahaman positif ini di dalam abad-abad ke 18 dan 19 ialah Montesquieew, Rousseau, St. Simon, Gretios, Vico, Spencer dan lain-lain. Adapun yang paling dihormati sebagai 'Bapa Sosiologi' di antara mereka itu, ialah August Comte 1798 - 1857.

Saturday, August 7, 2010

KISAH NABI ADAM A.S. - Bah. 3

Setelah mendengar teguran Allah itu sedarlah Adam bahawa ia telah melanggar perintah Allah dan melakukan dosa besar seraya menyesallah ia lalu berkata. "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri sendiri serta melanggar perintahMu kerana termakan pujukan iblis. Ampunilah dosa kami, jika tidak nescaya kami akan tergolong dalam orang-orang yang rugi bila Engkau tidak menganpuni dan mengasihani kami."

Allah menerima taubat Adam dan Hawa itu akan tetapi Allah telah menetapkan dalam takdirNya apa yang tidak terlintas oleh hati dan terfikirkan oleh mereka. Allah telah menentukan dalam takdirNya bumi yang penuh dengan tanda kebesaran, kekayaan dan keagongan Tuhan akan diwariskan kepada manusia lalu diturunkan Adam dan Hawa sebagai benih pertama untuk memerintah bumi.

Firman Allah, "Turunlah kamu ke bumi, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, tinggallah kamu di sana sehingga sampai waktu yang telah ditentu."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cabaran hidup yang berbeza sama sekali dengan kehidupan di syurga yang suatu ketika dulu pernah mereka kecapi. Mereka akan menempuh dengan berbagai getir yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Dari zuriatnya mereka akan melahirkan umat manusia yang berbagai ragam, sifat dan tabiat, berbeza warna kulit, suku kaum dan bangsa. KIsah Nabi Adam terdapat di dalam Al Quran seperti Al Baqarah 30-38. Al-'Araf-25.

Sunday, July 25, 2010

KISAH NABI ADAM A.S. - Bah. 2

Adam diberi tempat di syurga dan baginya diciptakan Hawa sebagai teman hidup bagi menghilangkan kesepiannya serta melengkapkan keperluan fitrah untuk mengembangkan zuriat.

Menurut cerita, Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam sebelah kiri sewaktu ia sedang tidur dan bia ia terjaga Hawa sudah berada disampingnya.

Firman Allah kepada Adam, "Tinggallah kamu bersama isterimu di syurga, rasailah keniknatan di dalamnya dan makanlah buah-buahan yang lazat sepuas hatimu. Kamu tidak akan merasa lapar, dahaga ataupun letih selama berada di dalamnya. Ingatlah kamu, jangan sesekali memakan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk dalam golongan orang yang zalim. Ketahuilah iblis itu adalah musuh kamu, ia akan berusaha memujuk dan mengheret kamu keluar dari syurga sehingga hilang semua kenikmatan yang kamu rasai ini".

Dengan penuh rasa dendam, iri hati dan dengki terhadap Nabi Adam dan oleh kerananya yang menyebabkan ia terkeluar dari syurga maka iblis mula mengatur rancangan jahat terhadap Adam supaya mereka juga terkeluar dari syurga serta terlepas menikmati segala kurniaan Allah.

Iblis mendatangi Adam dan Hawa dan menunjukkan keikhlasannya dalam memujuk dan menggoda mereka supaya memakan buah yang telah dilarang Allah itu dengan berbagai cara sehinggalah Adam dan Hawa terpukau dengan pujukan itu maka termasuklah keduanya dalam golongan yang merugikan diri mereka sendiri.

Firman Allah, "Bukankah Aku telah mencegah kamu dari mendekati pohon ini dan memakan buahnya dan bukankah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata."

Friday, July 23, 2010

KISAH NABI ADAM A.S. - Bah. 1

Setelah Allah mencipta bumi dan segala gunung ganang, lautan, tumbuh-tumbuhan, langit dan matahari, bulan, bintang yang menghiasi cekerawala maka tibalah kehendak-Nya untuk mencipta manusia pula.

Diberitakan kepada para malaikat akan kehendak-Nya itu maka seluruh malaikat telah membantah kerana bimbang manusia akan menderhakai kepada Allah serta melakukan kerosakkan di muka bumi dan pertumpahan darah.

Allah membidas bantahan malaikat itu dengan kata-Nya Ia lebih Maha Mengetahui akan setiap kejadian makhluk ciptaan-Nya.

Allah menciptakan Nabi Adam a.s. dari segumpul tanah liat kering dan lumpur hitam yang diberi bentuk manusia. Setelah sempurna kejadiannya lalu ditiupkan roh ciptaan Tuhan ke dalam tubuhnya maka berdirilah Adam menjadi manusia yang sempurna.

Lalu Allah memerintahkan sekian makhluk supaya tunduk sujud sebagai tanda hormat kepada Adam a.s. Sekelian makluk patuh pada perintah Allah melainkan iblis yang merasa bongkak dengan kejadiannya yang diciptakan Allah dari api sedangkan Adam dari tanah liat.

Kerana kesombongannya itu iblis telah dikeluarkan dari senaarai para malaikat dan dikeluarkan dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat Allah ke atasnya sebagai penghuni neraka sehinggalah hari kiamat.

Allah telah menyakinkan para malaikat-Nya yang memandang rendah tentang hikmah kejadian Adam a.s. yang akan dilantik sebagai penguasa bumi.

Firman Allah pada malaikat-Nya, "Cubalah sebutkan kepadaKu benda-benda itu, jika kamu merasakan lebih mengetahui dari Adam?"

Para malaikat tidak berdaya memenuhi permintaan Allah itu dan mengaku tiada mempunyai apa-apa pengetahuan mengenainya tanpa pengajaran dari Allah.

Allah lalu memerintahkan Adam memberitahu semua itu kepada malaikat.

Firman Allah, "Bukankah telah Ku katakan, Aku mengetahui rahsia di langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan".

Thursday, July 22, 2010

Najis-najis Yang Disepakati Ulama

Najis-najis yang disepakati ulama.
  1. Daging khinzir dan segala jenis dari bahagian tubuh badannya sama ada bulu, tulang, kulit dan sebagainya walaupun binatang itu telah disembelih secara syara' dan disamak kulitnya.
  2. Darah manusia selain dari darah orang mati syahid selagi darah itu tidak mengalir keluar dari badannya dan darah binatang selain dari binatang laut. Darah yang mengalir keluar itu dikira bernajis sama ada semasa hidupnya ataupun sesudah matinya sekiranya darah itu mengalir keluar dengan banyak. Demikian juga tidak dihukum najis darah yang berada di dalam saraf binatang yang disembelih secara syara' yang mana darahnya tidak akan mengalir jika dipotong bahagian tersebut ataupun jika keluar darahnya amat sedikit seperti hati, limpa, jantung dan ikan.
  3. Najis manusia, muntah dan air kencing kanak-kanak melainkan air kencing kanak-kanak yang menyusu. Imam Syafie berpendapat najis kanak-kanak yang menyusu ini dibersihkan hanya memadai dengan merenjiskan air padanya saja kemudian dilapkan.
  4. Arak adalah najis menurut kesepakatan para fuqaha' yang berdasarkan kepada firman Allah s.w.t. "Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan pada berhala dan menilik nasib dengan batang anak-anak panah adalah kotor (keji) dan ia adalah perbuatan syaitan." (Al-Maaidah 90)
  5. Nanah adalah sejenis darah yang telah rosak dan ianya dikira najis kerana pada asalnya ia adalah darah yang telah berubah. Nanah dihukum najis jika kadarnya banyak dan dimaafkan jika kadarnya sedikit.
  6. Air mazi adalah cecair berwarna putih yang keluar ketika memuncaknya nafsu seseorang ataupun ketika teringatkan kepada persetubuhan.
  7. Daging bangkai binatang darat yang darahnya mengalir tidak kira sama ada binatang yang dagingnya harus dimakan ataupun tidak seperti anjing, kucing, burung, kambing, lembu, kerbau dan sebagainya.
  8. Daging dan susu binatang yang tidak boleh dimakan.
  9. Bahagian anggota binatang yang terpisah ataupun terputus semasa ia masih hidup seperti ekor, sayap, tangan atau punggungnya kecuali bulu.

Wednesday, July 21, 2010

Kejadian Bidadari

Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah S.W.T. telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu, putih, kuning, hijau dan merah.

Allah pun menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar.

Bermula dari jari-jari kakinya hingga ke lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran. Dari payu dara hingga ke leher adalah dari anbar. Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur.

Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan menjadi misiklah dunia ini.

Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama-nama Allah. Pada sebelah tangan mereka terdapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.

Demikian juga pada kedua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan.

Dari ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil 'Ainna', ia dijadikan dari 4 jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami-suami mereka".

Pendapat Al Imam Hanbali

Dalam topik 'Kadar Najis Yang DiMaafkan Ulamak' kita sama-sama pula renungkan pendapat Imam Hanbali sebagai panduan kita seterusnya.

Menurut pandangan Imam Hanbali sebenarnya tidak ada najis yang dimaafkan walaupun sebesar lubang jarum hatta najis yang terdapat pada kaki nyamuk ataupun lalat. Namun pun begitu Imam Hanbali tetap memaafkan juga pada kadar yang sedikit dari najis kerana kesukaran bagi mengelakkan diri darinya seperti.
  1. Darah, nanah dan air bisa.
  2. Kesan-kesan dari bekas istinja' setelah ia membersihkannya serta mencukupi bilangan yang dikehendaki.
  3. Najis yang terdapat pada tanah di jalan raya.
  4. Air kencing bagi yang mengidap penyakit kencing tidak lawas setelah ia cuba mengawalnya dengan baik.
  5. Wap air najis, asap dan abunya selagi ia tidak jelas akan sifat kenajisannya.
  6. Air multannajis iaitu air yang telah terjatuh ke dalamnya najis yang dimaafkan dan kadarnya amat sedikit.
  7. Kesan darah atau nanah dan sebagainya yang tinggal setelah digilap.
Pada sesetengah bahan Imam Hanbali telah menganggapnya suci dan bersih berbeza pandangan dari imam-imam yang lain seperti.
  1. Darah yang terdapat dalam urat daging dan darah ikan.
  2. Darah orang mati syahid.
  3. Darah kutu, nyamuk dan lain-lain serangga yang darahnya tidak mengalir.
  4. Hati dan limpa.
  5. Air yang keluar dari mulut seseorang yang sedang tidur.
  6. Air kahak sama ada keluar dari usus atau dada atau kepala.

Tuesday, July 20, 2010

Pendapat Al Imam Maliki

Kita masih lagi dalam topik 'Kadar Najis Yang DiMaafkan Ulamak'. Kali ini diutarakan pula pendapat Al Imam Maliki.

Pada pendapat Imam Maliki jumlah atau kadar najis yang dimaafkan itu mestilah sedikit iaitu sekadar satu bulatan hitam kecil yang terdapat pada kaki hadapan binatang baghal ataupun kurang daripada kadar itu.

Contoh-contoh najis yang dimaafkan itu adalah seperti:
  1. Apa-apa saja najis yang susah hendak dielakkan ketika mahu mengerjakan sembahyang ataupun ketika mahu memasuki masjid adalah dimaafkan.
  2. Berlaku hadas kecil atau hadas besar dengan sendirinya tanpa dikehendaki ataupun dengan sebab penyakit seperti keluarnya air kencing, air mazi, air mani ataupun najis dari lubang dubur maka semua ini dimaafkan dan tidak perlu membasuhnya kerana darurat jika ia berlaku setiap hari walaupun sekali dalam sehari.
  3. Berlakunya bawasir pada setiap hari jika terkena pada badan ataupun pakaian.
  4. Air kencing atau najis kanak-kanak kecil yang terkena pada pakaian ibu yang meneteknya atau badannya sekalipun anak itu bukan anaknya dengan syarat ia telah cuba mengelakkannya ketika najis itu sedang keluar. Tetapi jika terkena najis itu dengan sebab cuai maka ia tidak dapat dimaafkan. Ketetapan hukumnya juga adalah sama jika ia berlaku kepada tukang sembelih, pembersih kandang. pencuci tandas dan doktor atau sebagainya. Namun adalah disunatkan bagi mereka yang disebutkan ini agar menyediakan pakaian khas untuk melakukan ibadah solat.
  5. Najis atau air kencing keldai, baghal atau kuda yang terkena pada pakaian atau badan atau tempat sembahyangnya dengan syarat orang itu mestilah pengembalanya ataupun penjaganya.
  6. Kesan najis yang terdapat pada kaki lalat ataupun nyamuk kemudian ia hingap di atas pakaian atau badan.
  7. Kesan cacah tatu yang sukar untuk dihilangkan.
  8. Darah binatang darat.
  9. Bisul atau nanah sama ada ia mengalir dengan sendirinya ataupun dengan picit.
  10. Darah atau najis kutu anjing dan juga kutu manusia.
  11. Air yang keluar dari usus melalui mulut seseorang yang sedang tidur dengan sebab penyakit.
  12. Bekas atau kesan dari istinja' yang menggunakan anak batu atau kertas bagi orang lelaki dengan syarat najisnya tidak melebihi dari kadar yang biasa.

Pendapat Al Imam Hanafi

Kita sambung lagi daripada topik lalu berkaitan 'Kadar Najis Yang DiMaafkan Ulamak'. Kali ini kita ikuti pula pendapat Al Imam Hanafi.

Imam Hanafi berpendapat dengan mengatakan kadar najis yang dimaafkan itu adalah dengan melihat kepada jenis najis itu sendiri sama ada dari jenis yang berat (mughallazah) ataupun dari jenis yang ringan (mukhaffafah). Ianya diberikan kemaafan sama ada kerana darurat ataupun terlalu sukar untuk mengelakkan diri dari terkena najis tersebut.

Najis yang dimaafkan itu kadarnya mestilah sedikit seperti:
  1. Bagi najis mughallazah yang kering kadarnya tidak melebihi dari 3.17gm dan bagi najis yang basah pula kadarnya tidak sampai segenggam tapak tangan.
  2. Bagi najis mukhaffafah kadarnya mestilah tidak sampai dari 1/4 pakaian tersebut. Jika terkena pada anggota tubuh badan pula kadarnya juga tidak sampai 1/4 anggota tersebut seperti kaki atau tangan.
  3. Percikan air kencing atau najis binatang yang terkena pada pakaian atau makanan kerana darurat.
  4. Percikan dari air basuhan.
  5. Percikan dari air kencing manusia seperti besar kepala jarum kerana darurat tetapi jika ia terjatuh ke dalam air yang sedikit maka dikira bernajis.
  6. Percikan darah binatang yang terkena pada pakaian atau badan tukang sembelih.
  7. Percikan dari air mandian mayat.
  8. Darah yang masih terdapat dalam urat saraf binatang yang disembelih dan begitu juga dengan jantung, hati dan limpa ini kerana ia dari darah yang tidak mengalir.
  9. Darah serangga seprti pijat, kutu, unggas, nyamuk dan sebagainya sekalipun banyak.
  10. Darah ikan.
  11. Air liur keldai dan himar.
  12. Darah orang yang mati syahid sekalipun darah itu mengalir.
  13. Wap dan debu najis kerana darurat.
  14. Najis burung yan harus dimakan dagingnya jika ia berak di udara maka dihukum bersih tetapi jika tidak berak di udara maka ianya dihukum sebagai najis ringan (mukhaffafah).